Foto IG Nora Danish.

KUALA LUMPUR – Pelakon Nora Danish masih prihatin dengan kesihatan bekas suaminya, Nedim Nazri yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital, di sini.

Nora, 42, mendoakan Nedim, 42, yang dipanggilnya ‘daddy’ supaya kuat berdepan dugaan kesihatan yang dialaminya.

“Terus kuat ‘daddy’,” tulis Nora di Instagram Story yang menggunakan latar belakang foto Nedim sedang terbaring atas katil di hospital.

Nedim atau nama sebenarnya Mohamed Nedim Mohamed Nazri memberitahu dia dimasukkan ke ICU di sebuah hospital di sini.

Namun, dia tidak menjelaskan masalah kesihatannya itu hingga terpaksa dirawat di ICU.

Baru-baru ini, Nora dan Nedim bersetuju untuk berpisah secara baik menerusi prosiding di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Berita itu menyusul selepas sekitar hujung April lalu, Nora membuka mulut mengenai rumah tangga mereka memang sudah bergolak.

Namun mereka tetap berbaik demi anak-anak.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl yang kini berusia enam tahun. – MalaysiaGazette