Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyelar tindakan kerajaan yang dianggap gagal dalam melaksanakan penyarasan subsidi diesel.

Bekas Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu berkata, pelaksanaan subsidi diesel pada 10 Jun lalu itu dilihat menjadikan rakyat sebagai ‘kambing hitam’ dan menggesa kerajaan berhenti menyalahkan rakyat.

“Kerana ketidaktentuan dalam pelaksanaan dasar yang penuh dengan caca-marba ini, akhirnya orang yang wajar dapat bantuan tetapi tidak dapat (maka) harga barang terpaksa dinaikan dan selepas itu kerajaan mengugut mereka.

“Cukup-cukuplah ‘kambing hitamkan’ rakyat, salahkan rakyat, peniaga-peniaga dan syarikat kecil ini. Walhal perkara ini berlaku disebabkan ketidaktentuan dari sudut pelaksanaan dasar kerajaan sendiri,” katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini.

Dalam pada itu, Syed Saddiq berkata, daripada 10 pemohonan yang layak menerima penyalarasan tersebut hanya tiga permohoanan yang mendapat bantuan.

“Ini bukan kerana kegagalan rakyat tetapi kegagalan kerajaan dan kecuaian mereka sendiri.

“Di sini digariskan bahawa sepatutnya satu juta rakyat atau pemohon akan mendapat skim bantuan Budi Madani atau melalui fleet card tetapi pada masa yang sama, kita dengar ucapan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pagi tadi bahawa hanya dalam 300,000 sahaja yang diluluskan,” katanya.

Sebelum ini, Amir Hamzah mengumumkan harga diesel di semua stesen runcit Semenanjung ditetapkan bermula pada kadar RM3.35 bagi setiap liter iaitu harga pasaran tanpa subsidi berdasarkan purata bulan Mei 2024 mengikut formula Mekanisme Harga Automatik.

Beliau berkata, penetapan harga dan pelaksanaan subsidi diesel secara bersasar dapat memberi penjimatan sebanyak RM4 bilion setahun di samping mengukuhkan kedudukan kewangan negara untuk jangka masa panjang. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here