Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan menyaksikan Serah Terima Tugas antara bekas Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Zaid Mohd Noor dengan Ketua Polis Kajang yang baharu, ACP Naazron Abdul Yusof (kanan) di IPD Kajang. Foto SYADILA AMARI, 26 JUN 2024.

KAJANG – Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wang, ACP Nazron Abdul Yusof dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kajang yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Beliau mengambil alih jawatan darpada SAC Mohd Zaid Hassan yang dinaikkan pangkat sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Polis Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, IPD Kajang akan mendapat manfaat daripada kepimpinan ketua polis yang baharu itu.

“Beliau (Nazron) mempunyai pengalaman yang luas, termasuk menjadi timbalan ketua polis di Sarawak dan Kuala Lumpur.

“Saya tidak ragu-ragu beliau mampu membawa daerah (Kajang) ini ke tahap kejayaan yang lebih baik,” katanya ketika berucap selepas menyaksikan majlis penyerahan tugas antara kedua-dua pegawai berkenaan di sini, hari ini.

Ketua Polis Kajang yang baharu, ACP Naazron Abdul Yusof pada majlis Serah Tugas di IPD Kajang. Foto SYADILA AMARI, 26 JUN 2024.

Hussein turut mengucapkan tahniah kepada Mohd Zaid atas perkhidmatannya sebagai Ketua Polis Kajang selama lebih empat tahun.

“Kami berharap beliau akan meneruskan perkhidmatan cemerlangnya di Ibu Pejabat Polis Selangor nanti,” ujarnya.

Beliau turut menggesa anggota dan pegawai polis Kajang memberi sokongan penuh kepada Nazron dan berharap polis Kajang akan dapat terus meningkatkan perkhidmatan mereka kepada rakyat,” tambahnya.

Hussein turut mengingatkan semua anggota polis untuk berkhidmat dengan penuh dedikasi dan integriti kerana keselamatan rakyat perlu sentiasa diutamakan.

“Kita harus memupuk hubungan yang lebih baik dengan masyarakat sekeliling kerana motto kita ialah ‘Polis dan masyarakat tidak dapat dipisahkan,” katanya. – MalaysiaGazette