Sunday, September 29, 2024
Home Seni Hidup Pengetua pandu sendiri van bawa murid ke kejohanan ragbi

Pengetua pandu sendiri van bawa murid ke kejohanan ragbi

Facebook Novelis Iskandar Zulfaqar.

KUALA LUMPUR – Pengetua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau, Pulau Pinang menjadi tular apabila sanggup memandu van untuk menghantar para pelajarnya menyertai Kejohanan Ragbi Superschool.

Apa yang berbaloi apabila pengorbanan itu dibalas dengan kejayaan pelajarnya menewaskan pasukan pilihan, Sekolah Sultan Alam Shah.

“Sedang viral sekarang ini adalah tindakan seorang pengetua MRSM yang memandu van sendiri bagi membawa pemain-pemain ragbi sekolahnya bertanding di Kejohanan Ragbi Superschool.

“Tahniah Tuan Pengetua MRSM Balik Pulau! Jiwa beliau besar. Sokongan beliau terhadap ragbi dan murid beliau sangat kuat!

“Setiap usaha pasti ada hasil! Lebih menarik, MRSM Balik Pulau menang pada perlawanan tersebut menewaskan Sekolah Sultan Alam Shah (SAS).

“SAS adalah gergasi ragbi di negara kita namun berjaya juga ditumbangkan dengan semangat Balik Pulau.

“Hebat Balik Pulau! Tahniah! Ragbi ni sukan semi profesional sahaja bukannya anak emas seperti sukan lain. Sebab itulah, perlu pengorbanan yang lebih untuk melihat sukan ini berjaya!” tulis di Facebook, Novelis Iskandar Zulfaqar. – MalaysiaGazette