Guan Eng mahkamah
Dr. Mahathir Mohamad dan Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan beliau pernah mahu memecat Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan semasa beliau menjadi Perdana Menteri.

Beliau menyifatkan dakwaan itu sebagai satu pembohongan.

Dr Mahathir menghormati kedudukan Guan Eng selaku ketua pemimpin DAP yang bergabung dengan partinya Ketika itu.

Mantan Perdana Menteri dua kali itu terkejut dengan kenyataan Guan Eng kerana merasakan mereka sudah bekerjasama dengan baik sebelum ini.

“Menjadi perkara biasa baginya sebagai Menteri Kewangan untuk membincangkan isu-isu besar dengan saya dan selepas mendengar pandangan saya, perkara itu akan dikemukakan kepada kabinet untuk menteri mengulas cadangan itu.

“Hanya selepas keputusan Kabinet barulah perkara itu dikemukakan di hadapan Parlimen dan akhirnya Parlimen memutuskan sama ada mahu meluluskan perkara itu atau tidak. Begitulah cara kerajaan bekerja,” katanya dalam kenyataan di media sosia hari ini.

Semalam Guan Eng yang juga Pengerusi DAP mendakwa Dr Mahathir cuba untuk memecatnya sebanyak tiga kali di hadapan Kabinet ketika beliau Menteri Kewangan dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan pada 2018.

Kenyataan itu dimuat naik bekas Ketua Menteri Pulau Pinang berkenaan sebagai maklum balas terhadap buku bertajuk Shattered Hopes ditulis Romen Bose yang mengupas peristiwa politik Malaysia pasca 2018.

Guan Eng juga mendedahkan Dr Mahathir juga secara terbuka marah dengan desakan berterusannya untuk mengurangkan tol Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) sebanyak 18 peratus.

Dalam pada itu, Dr Mahathir menegaskan, dalam cadangan pemansuhan tol, bukan kerajaan sahaja terlibat.

“Sebagai contoh, manifesto pemansuhan tol. Ia dilihat mudah tetapi lebuh raya perlu diselenggara dan ada kala lorong tambahan perlu dibina dan kerajaan tidak mempunyai wang untuk membina jalan raya.

“Mengekalkan lebuh raya sepanjang 800 kilometer memerlukan kos yang tinggi. Sekiranya tiada kutipan tol, kerajaan atau syarikat tidak akan dapat menyelenggara lebuh raya kelas pertama ini,” ujarnya.

Dr Mahathir berkata, Kabinet akan memberi kata putus bukan bukan Perdana Menteri sahaja.

“Menteri Kewangan ada bersuara. Jika Kabinet berkata tidak untuk menghapuskan tol maka tol tidak boleh dihapuskan.

“Saya tidak boleh menyifatkan perbahasan dalam Kabinet sebagai tegang. Tugas saya adalah mempengerusikan mesyuarat dan saya mempunyai hak untuk menyampaikan pandangan saya seperti yang dilakukan oleh Guan Eng,” tambahnya.

Menurut beiau, satu-satunya menteri yang digugurkannya ialah Dr Maszlee Malik yang menjadi Menteri Pendidikan di awal Kerajaan Pakatan Harapan mengambil tampuk pemerintahan.

Dr Mahathir juga menafikan, pernah mencadangkan untuk mengharamkan UMNO tetapi hanya memberitahu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang partinya bukan lagi seperti UMNO yang mengalahkan Malayan Union dahulu.

“Saya memberitahu (Ahmad) Zahid bahawa orang Melayu tidak lagi menyokong UMNO dan ia menjadi sebab parti itu kalah dalam pilihan raya buat kali pertama.

“Saya tidak mengugut untuk mendakwa beliau kerana mencuri wang kerajaan jika beliau gagal membubarkan UMNO namun beliau cuba menunjukkan kepada saya dokumen untuk membuktikan dia tidak bersalah,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. aku orang awam aku pernah ingat apa kata Guan eng itu betul . t M cuba menipu atau lupa . tak tahu lah mungkin nyanyok dah tu

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here