Jho Low Fat Leonard
Jho Low

KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low yang dipercayai terlibat dalam penyelewengan dana syarikat strategik negara, 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) bersetuju memulangkan harta berjumlah AS$100 juta atau kira-kira RM471 juta.

Ia merupakan tindakan Jho Low dan keluarganya dalam menyelesaikan kes pelucuthakan sivil berhubung peranannya dalam skandal rasuah dan penyelewengan dana 1MDB.

Media melaporkan lucuthak itu telah diumumkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) selepas Hakim Daerah AS, Dale Fischer di Los Angeles meluluskan perjanjian persetujuan dengan Jho Low serta keluarganya pada Isnin lepas.

Antara yang diserahkan oleh Jho Low termasuk sebuah apartment mewah di Paris dan karya seni serta Claude Monet dan Andy Warhol dengan nilai mencecah ratusan juta ringgit

Jabatan Kehakiman menyatakan bahawa Jho Low membayar kira-kira AS$35 juta (RM146.57 juta) untuk lukisan Monet ‘Vetheuil au Soleil’, lukisan Warhol ‘Colored Campbell’s Soup Can (Emerald Green) 1965 dan apartmen di Paris.

Dia dan keluarganya difahamkan akan menyerahkan harta berjumlah AS$67 juta (RM280.47 juta), termasuk hartanah dan akaun bank di Hong Kong, Singapura dan Switzerland.

Sebelum ini beberapa aset sudah dilucuthakkan dengan nilaian hampir AS$1 bilion (RM4.19 bilion), termasuk ‘superyatch’ bernilai AS$120 juta (RM503 juta) milik Jho Low dan keluarganya.

Jho Low masih menghadapi tuduhan pengubahan wang haram dan konspirasi rasuah di Brooklyn, New York, berhubung 1MDB.

AS dan Malaysia mendedahkan lebih A$4.5 bilion (RM18.86 bilion) dirompak daripada 1MDB antara 2009 dan 2015, dengan sejumlah wang dihantar ke akaun bank luar pesisir dan syarikat yang dikaitkan dengan Jho Low. -MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here