Program Kesan Inklusi Neurodiversiti turut diserikan dengan keberangkatan anakanda Yang Pertuan Agong, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah.

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) memperuntukan RM2 juta bagi meneruskan Program Peningkatan Bakat OKU (OTEP) untuk tahun ini.

Menterinya, Steven Sim berkata, program di bawah inisiatif Perbadanan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) membuktikan komitmen kerajaan bagi meningkatkan pemahaman mengenai kekuatan golongan itu agar tiada mana-mana individu dipinggirkan.

Pada masa sama katanya, dana tambahan itu akan memberikan mereka kemahiran dan pengetahuan penting secara berteus untuk berjaya dalam pekerjaan dan memupuk komuniti yang menyokong.

“Bermula secara perintis tahun lalu, OTEP telah 30 bakat neurodiversiti dan 15 menerima pekerjaan daripada majikan besar

“Menerusi kejayaan program ini, HRD Corp akan memperuntukkan RM2 juta untuk melatih lebih ramai orang kelainan upaya (OKU) termasuk bakat neurodiversiti dalam tempoh setahun akan datang.

“Kerajaan ingin memastikan rakyat Malaysia tidak kira keadaan fizikal, sosial, kaum, agama dan sebagainya bahawa mereka berhak untuk mencapai aspirasi masing masing di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan Program Kesan Inklusi Neurodiversiti di Pusat Pameran & Perdagangan Antarabangsa Malaysia, di sini, hari ini.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.

Dianjurkan bersempena Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2024, program itu mengumpulkan wakil daripada sektor awam dan swasta untuk menyokong individu neurodivergen melalui pelbagai pendekatan.

Ini termasuk memupuk persekitaran yang lebih inklusif, bengkel yang memberi tumpuan kepada memperkasakan komuniti dan juga peluang penempatan kerja.

Program itu turut diserikan dengan keberangkatan anakanda Yang Pertuan Agong, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah.

Hadir sama Pengerusi Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp), Datuk Abu Huraira Abu Yazid dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Shahul Dawood.

Mengulas lanjut, Steven menambah, Program Kesan Inklusi Neurodiversiti telah berjaya mengumpulkan lebih 65,000 kursus latihan percuma dan 280,000 pendaftaran hanya dalam hari ketiganya.

“Program ini juga dapat meningkatkan kesedaran kepada ibu bapa, penjaga, majikan, persatuan dan bakat neurodivergen sendiri pada acara ini serta seramai 56 peluang pekerjaan disediakan,” ujarnya.

NTW 2024 dianjurkan oleh HRD Corp bermula 24 Jun lalu dan akan berakhir pada 30 Jun ini. – MalaysiaGazette

Program Kesan Inklusi Neurodiversiti sempena NTW 2024 berlangsung di Pusat Pameran & Perdagangan Antarabangsa Malaysia di sini hari ini.

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here