Tangkap layar dari video yang tular.

MELAKA – “Video unta yang tular terlepas dan cuba diselamatkan anggota bomba ketika berlari di jalan raya itu adalah peliharaan saya namun ia kejadian dua tahun lalu,”.

Itu dijelaskan Bakri Ali, 60, pemilik sepasang unta jantan dan betina dinamakan Bashar dan Bashir yang ditularkan semula sejak pagi tadi sehingga mendapat pelbagai reaksi netizen.

Dia ketika dihubungi pemberita berkata, tidak pasti apakah tujuan individu berkenaan berkongsi semula klip video berdurasi 48 saat itu sehingga ramai kenalan menghubunginya untuk bertanyakan kisah lucu itu.

“Kejadian itu berlaku dia tahun lalu apabila kedua-dua haiwan ternakan berusia 13 tahun itu terlepas ketika ditambat di sebatang pokok rumahnya di Sungai Udang.

“Terkejut juga apabila tiba-tiba pagi tadi ramai kenalan menghubungi saya bertanyakan hal ini dan lega apabila saya beritahu ia video lama kerana Bashar dan Bashir ada di rumah pagi tadi.

Bakri bersama unta peliharaannya Yang digunakan sebagai tarikan aktiviti pelancongan di Tanjung Kling dan Pantai Puteri, Melaka

Mengimbau kembali kisah dua tahun lalu, Bakri berkata kejadian berpunca apabila pokok yang diikat tali kedua-dua ternakannya itu tumbang menyebabkannya terlepas dan melarikan diri ke arah jalan raya.

“Ia lari sampai ke sebuah stesen minyak berhampiran sebelum saya berjaya membawa pulang kedua-duanya yang digunakan sebagai tarikan aktiviti pelancongan di Tanjung Kling dan Pantai Puteri.

“Sampai ke hari ini, Bashar dan Bashir masih sihat dan menjadi sumber pendapatan saya di lokasi pelancongan itu terutamanya pada setiap hujung minggu,” katanya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here