KUALA LUMPUR – Dua lelaki cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbakar akibat terbabas dalam kejadian di Jalan Bukit Kemuning, Shah Alam, Selangor, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.42 pagi.

Susulan itu, seramai lapan pegawai dan anggota bersama sebuah jentra sari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik anggota tiba di lokasi mendapati, kebakaran melibatkan sebuah kenderaan jenis Proton Wira dinaiki dua mangsa lelaki berusia 28 dan 31 tahun.

“Anggota kemudian segera mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit di dalam kereta dan semakan mendapati, mereka mengalami kecederaan di bahagian tangan dan bahu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kedua-dua mangsa yang cedera telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Klang untuk tindakan selanjutnya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here