Menteri Dalam Negeri, Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat, Parlimen, Kuala Lumpur. Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 02 JULAI 2024.

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan pihaknya mengesan kewujudan sejumlah 160 jalan tikus di sempadan negara.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata jumlah itu jelas melebihi jumlah pintu sempadan rasmi yang ads di tiga buah negeri.

“Jalan tikus bermakna laluan yang tidak diwartakan oleh kedua-dua negara yang bersempadan. Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Sempadan, saya maklum akan (isu) jalan tikus ini,” katanya menjawab soalan lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Saifuddin Nasution berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun) yang ingin tahu mengenai langkah membendung kemasukan pendatang asing tanpa izin melalui laluan tikus di sempadan negara. 

Untuk rekod, terdapat keseluruhan 140 pintu masuk antarabangsa rasmi dengan kebanyakannya berada di Kedah, Perlis dan Kelantan.

Dalam pada itu, dari Januari hingga Jun lalu, sejumlah 61,152 orang telah ditahan kerana memasuki Malaysia tanpa mempunyai sebarang dokumen perjalanan. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here