Pengarah Bahagian Pengurusan Integriti Agensi SPRM, Timbalan Pesuruhjaya Lim Bee Kean.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA) menerbitkan buku bertajuk ‘Koleksi Amalan Baik Inisiatif Pencegahan Rasuah, Integriti dan Tatakelola Unit Integriti & Governans (IGU), Edisi Tahun 2024’

Pengarah Bahagian Pengurusan Integriti Agensi SPRM, Timbalan Pesuruhjaya Lim Bee Kean berkata, buku itu bagi berkongsi usaha serta inisiatif pegawai Unit Intergriti & Governans (IGU) mengekang perilaku rasuah dan pelanggaran etika.

“Bagi mengatasi itu, pelbagai aktiviti pengukuhan integriti telah dirancang untuk menambahbaik sistem dan prosedur organisasi di Malaysia.

“Kandungan naskhah ini juga boleh dijadikan panduan dalam melaksanakan fungsi teras IGU yang diperuntukkan dalam arahan Arahan YAB PM No.1 Tahun 2018 Siri 1 No.1 Tahun 2018,” katanya.

Buku dalam bentuk infografik ini mengandungi 44 inisiatif dan program integiri yang dikongsi secara sukarela oleh 26 IGU di Syarikat Berkepentingan Kerjaan (SBK) dan Badan Berkanun (BB) dalam menjalankan tugas.

“Majlis pelancaran itu juga akan diadakan bersempena Simposium Ketua Unit Integriti dan Governanas (CIGO) dan Mesyuarat CIGO Siri 6 Bil.1 Tahun 2024.

“Mereka yang berminat boleh mendapatkan e-book di portal rasmi SPRM selepas pelancarannya nanti,” tambahnya.

Buku berkenaan akan dilancarkan di Bangunan Mercu UEM 4 Julai ini.- MalaysiaGazette

 

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here