KUALA LUMPUR – Pelakon kontroversi, Aliff Aziz dan Ruhainies hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.

Pasangan itu tiba bersama memakai pakaian sedondong hitam dan berjalan beriringan ke lobi mahkamah bersama peguam masing-masing.

“Doakan yang terbaik,” kata Ruhanies ringkas ketika disapa wartawan.

Aliff pula berkata, dia berharap prosiding yang berlangsung hari ini berjalan lancar.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail memberitahu kertas siasatan kes khalwat pasangan pelakon itu sudah dihantar kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENS) untuk tindakan selanjutnya.

Pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan Ruhainies ditahan JAWI di sebuah kondominium di ibu negara. Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan sekitar pukul 2.00 petang pada hari sama. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast