Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir bagi perbicaraan memohon semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum YPDA ke-16 supaya boleh jalani saki baki hukuman sebagai tahanan dalam rumah di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto SYADILA AMARI, 05 JUN 2024.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak gagal mendapat kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16, supaya beliau menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah.

Mahkamah Tinggi melalui hakim bicara, Datuk Amarjeet Singh membuat keputusan itu selepas mendapati semua afidavit yang difailkan untuk menyokong permohonan Najib hanya sekadar ‘dengar cakap’ dan khabar angin sahaja.

Ia termasuk afidavit Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Bekas Perdana Menteri itu memohon perintah mandamus mengarahkan sama ada semua responden atau seorang daripada mereka menjawab dan mengesahkan kewujudan dekri tambahan bertarikh 29 Januari 2024.

Najib juga memohon perintah mandamus bahawa jika dekri itu wujud, semua atau satu daripada responden mesti menguatkuasakannya serta-merta dengan memindahkan beliau dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur untuk menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan di rumah.

Beliau kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Benda simple jaaa..kerajaan kena terus terang..rakyat nak tahu…ADA atau tidak ada??? Benda simple..kalau tak ada, bgtau tak ada…kalau ada, bgtau ada…apa yg kerajaan nak sorok2 kan ni ..rakyat makin meluat dgn PMX dan kerajaan hari ni

Comments are closed.