Kanak-kanak lelaki 9 tahun yang diselamatkan selepas lemas terjatuh dalam Tasik di Serendha disahkan meninggal dunia di Hospital Selayang malam tadi.Ihsan Bomba KKB

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan lemas selepas terjatuh ke dalam tasik di Serendah petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam sekitar jam 6.13 petang tadi.

Maklumat awal memaklumkan kejadian itu berlaku di Taman Tasik Teratai dekat Serendah.

Bertindak atas maklumat itu, seramai lima anggota dengan sebuah jentera EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu telah bergegas ke lokasi kejadian.

Setiba di lokasi kejadian, mangsa yang berusia sembilan tahun itu telah dibawa ke darat,

“Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa masih bernafas tetapi tidak sedar diri.

“Anggota bomba yang turut berada di lokasi telah memberikan bantuan pernafasan  kepada mangsa lemas selama tiga minit sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan,” katanya.

Mangsa telah dikejarkan ke Hospital Selayang dengan ambulans untuk rawatan lanjut. – MalaysiaGazette