Donny Van de Beek.

LONDON – Pemain Mancheter United, Donny van De Beek akan menyertai Girona secara tetap pada musim panas ini dengan nilai perpindahan sebanyak €500,000.

Pemain tengah kelahiran Belanda itu akan menandatangani kontrak bersama Girona sehingga Jun 2028.

Pakar perpindahan, Fabrizio Romano berkata, United dilaporkan akan menerima pakej bonus tambahan yang akan mencapai sehingga €15 juta Euro.

Kelab itu turut melaksanakan klausa ‘jualan; di mana United akan menerima bahagian jika Van de Beek dijual oleh Girona kepada kelab lain.

Awal tahun ini, Van de Beek telah menyertai Eintracht Frankfurt secara pinjaman untuk baki sepanjang musim lalu.Kelab Bundesliga itu membayar United yuran pinjaman kepada United dan menampung sebahagian besar gaji Van de Beek.

Perjanjian itu merangkumi pilihan untuk membeli pada musim panas dengan nilai £9.5 juta (RM55.54 juta) ditambah dengan £2.6 juta (RM15.2 juta) tambahan.

Pemain berusia 26 tahun ini perlu keluar secara pinjaman untuk bermain dalam pasukan utama selepas sedikit penampilan pada musim ini.

Dia hanya bermain selama 21 minit sebagai pemain pengganti dalam dua perlawanan menentang Crystal Palace pada September dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala Carabao.

Van de Beek, yang menghadapi kesukaran untuk memberi kesan sejak menyertai United dalam perjanjian bernilai £40 juta (RM233.86 juta) dari Ajax pada tahun 2020, sebelum ini telah dipinjamkan ke Everton dua tahun lalu.

Dia berada di bawah kontrak di Old Trafford sehingga 2025. – Agensi