TANGKAP layar akaun media sosial palsu yang menggunakan nama dan gambar Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

KUALA LUMPUR – Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi meminta orang ramai berhati-hati dengan beberapa akaun media sosial palsu yang menggunakan nama dan gambar beliau.

Sambil menyatakan kewujudan akaun palsu itu, beliau turut melahirkan rasa kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggunggawab yang boleh menimbulkan kekeliruan serta boleh disalahgunakan dan memperdaya orang awam.

“Saya mengambil maklum mengenai kewujudan beberapa akaun palsu yang menyamar sebagai Menteri Kerja Raya (KKR)/Ahli Parlimen Kapit.

“Saya ingin menasihati semua pengguna media sosial supaya tidak mempercayai maklumat palsu tersebut dan hanya mengikuti akaun rasmi.

“Tidak pasti jangan kongsi,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau hari ini. – MalaysiaGazette