Pelajar diajar menunaikan tawaf sebanyak tujuk pusingan sebagai menunaikan perkara rukun haji pada program Little Hajj anjuran Little Caliphs (LC)

KUANTAN – Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Taman asuhan kanak-kanak islamik, Little Calliphs (LC) terus mengambil inisiatif tahun kesembilan dengan penganjuran Little Hajj sebagai usaha menerapkan ibadah haji kepada pelajarnya yang berusia enam tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif LC, Datuk Roslan Nordin berkata, pada tahun ini, seramai 13,500 murid menyertai latihan simulasi haji sebagai pelengkap modul pembelajaran tadika di samping menanam semangat mereka menunaikan Rukun Islam kelima pada usia muda.

Menurutnya, pendedahan awal kepada golongan cilik penting kerana mereka merupakan pewaris masa akan datang dan perlu dididik dengan nilai intergiriti dalam kepimpinan Islam menerusi sistem pendidikan.

Datuk Roslan Nordin

”Kita kumpulkan anak-anak sebagai pengisian di tadika LC dan sekali gus dapat mempelajari adab perjalanan, geografi, sirah seperi Nabi Ibrahim, seni kraftangan buat batu-batu dan secara praktikal melakukan ibadah haji.

”Latihan yang dibuat akan terpahat dalam sanubari mereka menjadikan mereka orang yang kuat untuk mengerjakan haji suatu hari nanti, aktiviti ini melatih menyuburkan rasa cinta kepada Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Little Hajj Malaysia 2024 Zon Pahang melibatkan 465 pelajar daripada 18 cawangan LC dengan bantuan 65 mutawif Kompleks Sukan Indera Mahkota hari ini.

Jelas Roslan, langkah didikan awal tersebut sebagai persiapan anak-anak kecil dilatih menjadi umat nabi yang bertakwa serta melahirkan insan yang bermanfaat.

Selain itu, katanya, latihan ibadah seperti ungkapan syahadah, solat, puasa dalam senarai Rukun Islam itu telah dididik dalam sesi pembelajaran ketika pelajar berusia empat dan lima tahun.

”Kita perlukan generasi mereka ini untuk memimpin masa hadapan jabatan-jabatan, perningaan-perniagaan, kita nak pemimpin orang Islam ini ada intergriti yang kuat yang akan mengukuhkan negara kita

”Sebaik-baik manusia adalah manusia yang memanfaati manusia, kita mahu didik anak-anak ini boleh memanfaati orang dan antara ciri orang yang beritergriti mereka ada iman kepada Allah, mereka rasa kebesaran Allah,” tambahnya.

Terdahulu, Simulasi Little Hajj pernah diiktiraf Malaysia Book of Records pada 2017 dan Little Caliphs dianugerahkan oleh Readers’s Digest Trusted Brand Award pada 2018 hingga 2021 dan Superbrand 2019. – MalaysiaGazette