Mohd Puad Zarkashi Najib dibebaskan pas kingmaker Muhyiddin wang RCI Tommy Puad Nazlan DAP takut sanusi the untold story Anwar UMNO
Mohd Puad Zarkashi

JOHOR BAHRU – Tindakan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mengiystiharkan mendapat tempat ketiga dalam perlumbaan 13 Triathlon Desaru 2024 Ahad lalu tetapi dibatalkan semalam dilihat memakan diri.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berpendapat, perbuatan tersebut juga mencemar institusi Parlimen.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu berkata, mujur Syed Saddiq tidak mengiystiharkan kemenangan tersebut di Parlimen dan langkah itu menyelamatkannya daripada dikenakan tindakan.

“Kemenangannya dibatalkan. Inilah bahana bila ahli politik terlalu obses menjadi populis. Dia pernah buat larian dari Muar ke Parlimen untuk kutip dana.

“Kes terbaru ini mencemarkan nama baik Parlimen. Mujur Syed Saddiq tidak umum kejayaannya di Parlimen. Dia terselamat dari dihadapkan ke Jawatankuasa Pilihan Khas.

“Dia kata rakyat susah tetapi kenapa buat kerja wakil rakyat ‘did not finish’ (DNF)? Dia menghakis kepercayaan rakyat pada pemimpin pelapis muda.

“Saya amat bersimpati dengan Syed Saddiq. Dia ahli politik muda yang banyak masalah. Kini dia bergelar Sang Juara DNF (Did Not Finish),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd Hairi Mad Shah dilaporkan berkata, kemenangan Syed Saddiq itu diisytiharkan sebagai tidak sah dan terbatal.

Jelas Mohd Hairi, keputusan itu selepas siasatan dan semakan
pihak penganjur mendapati Syed Saddiq tidak membuat pusingan U mengikut laluan ditetapkan.

“Penyertaan Ahli Parlimen Muar itu diisytihar sebagai DNF (Did Not Finish),” ujar Mohd Hairi.

Terdahulu tular dakwaan beberapa pihak yang mempersoalkan bagaimana Syed Saddiq berjaya menduduki podium dalam acara 113 Triathlon Desaru 2024 pada Ahad lalu.

Antara dakwaan yang dipersoalkan menerusi komen-komen dalam media sosial adalah isu teknikal yang menimbulkan persoalan dan keraguan ramai komuniti sukan itu.

Susulan itu, Syed Saddiq membuat satu hantaran video dalam media sosialnya hari ini mengakui beliau tersilap.

Dalam video Instagram reel, bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata, susulan perbincangan dengan penganjur, statusnya dalam perlumbaan itu ditukar kepada DNF (tidak tamat). – MalaysiaGazette

Habis