Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah

KUALA LUMPUR- Bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah meninggal dunia pada usia 86 tahun di Hospital Prince Court di sini, malam ini.

Perkara itu disahkan oleh bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Mohamed Apandi berkata pemergian Allahyarham dimaklumkan pada 7.15 malam oleh rakan beliau yang juga bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohd Zawawi Salleh.

“Jenazah akan dikebumikan esok pada 10 pagi di Tanah Perkuburan Bukit Kiara. Arwah adalah orang yang bertanggungjawab membawa saya ke dalam badan kehakiman pada 2002. Al-Fatihah,” katanya.

Mohamed Dzaiddin, yang berkhidmat sebagai Ketua Hakim Negara dari tahun 2000 hingga 2003, mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam badan kehakiman.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast