LONDON – Penyerang Bologna, Joshua Zirkzee telah selesai mengikat kontrak lima tahun sehingga 2029 bersama Manchester United, lapor pakar perpindahan, Fabrizio Romano.
Zirkzee akan terbang ke England hari ini untuk melengkapkan pemeriksaan perubatan sebelum mengadakan pertemuan pertama dengan pengurus, Erik ten Hag.
Yuran perpindahan pemain berusia 23 tahun itu ke Bologna bernilai €42.5 juta yang dipecah dan dibayar selama tiga tahun dan bukannya €40 juta dalam satu penyelesaian.
Zirkzee memulakan karier cemerlang bersama Anderlecht dengan meledak 16 gol dan sembilan bantuan gol untuk menarik Bologna menandatanganinya pada Ogos 2022 untuk yuran perpindahan sebanyak €8.5 juta ($9.2 juta). – Agensi