KUALA LUMPUR – Rapid KL kini menawarkan pakej tambahan kepada Pas MyCity dengan pengenalan Pas MyCity Dua Hari yang merupakan pas perjalanan harian tanpa had
selama dua hari berturut-turut di kesemua laluan rel dan bas Rapid KL.

Pengenalan pakej tambahan ini adalah sebahagian daripada komitmen memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pengguna dengan memperkenalkan tawaran terbaharu yang menarik.

Pas MyCity Dua Hari kini boleh didapati di semua Kaunter Khidmat Pelanggan LRT, MRT, Monorel, BRT atau di hab – hab bas terpilih dan secara atas talian menerusi aplikasi
MyRapid PULSE bermula pada 12 Julai 2024.

Pas MyCity 1 Hari dijual RM6, Pas MyCity 2 Hari (RM11) dan Pas MyCity 3 Hari (RM15) untuk warga Malaysia manakala untuk bukan warganegara masing-masing RM10, RM18 dan RM25.

Harga yang dinyatakan di atas tidak termasuk harga kad Touch ‘n Go dan nilai minimum dompet yang ditetapkan.

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) berkata, dalam usaha untuk menggalakkan pembelian secara atas talian, Rapid KL turut melancarkan kempen “Beli 1 Percuma 1” untuk Pas MyCity bagi pembelian Pas MyCity.

Tawaran istimewa ini hanya sah untuk pembelian melalui aplikasi MyRapid PULSE.

Kempen Beli 1 Percuma 1 di aplikasi MyRapid PULSE ini berlangsung selama sembilan hari bermula daripada 12 Julai sehingga 20 Julai 2024 dan tarikh penebusan bermula daripada 21 Julai sehingga 31 Julai 2024.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast