Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama wakil-wakil NUTP yang hadir pada Majlis Sambutan Jubli Emas Penubuhan NUTP di Hotel Tenera, Bangi. Foto SADIQ SANI, 13 JULAI 2024

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan mana-mana warga pendidik yang bermasalah terutamanya tidak berdisplin dan cuai dalam tanggungjawabnya tidak boleh diberikan kenaikan gred secara automatik atau ‘time-based’.

Kata beliau, manfaat itu tidak sepatunya diterima golongan berkenaan walaupun sistem itu sudah diberikan kepada warga pendidik Kementerian Pendidikan (KPM) sejak beberapa tahun lalu.

“Kali ini jika pendidik itu dikenalpasti mempunyai masalah displin maka kenaikan itu akan dikecualikan.Kalau disiplin lemah, kerap tak pergi sekolah.

“Kenaikan pangkat automatik daripada prinsipnya dibenarkan tetapi dikecualikan bagi yang cuai,” katanya pada Majlis Sambutan Jubli Emas Penubuhan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) di Bangi, hari ini.

Untuk makluman, sejak 1 Julai 2009, kerajaan telah memulakan pelaksanaan kenaikan pangkat secara ‘time-based’ bagi pegawai kumpulan pelaksana yang sudah berkhidmat 15 tahun dan lebih dalam skim perkhidmatan semasa secara Khas Untuk Penyandang (KUP). – MalaysiaGazette