Suasana orang ramai yang berkunjung ke Hari Peneroka Felda 2024 ketika tinjauan MalaysiaGazette di MAEPS, Serdang. Foto SYADILA AMARI, 13 JULAI 2024.

SERDANG – Hari Usahawan Desa (KUD) dan Hari Peneroka Felda akan digabungkan penganjurannya berikutan sambutan hangat yang diterima sebelum ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penggabungan itu disasarkan dihadiri lebih dua juta pengunjung.

“Tahun hadapan Hari Peneroka Felda hendaklah di dokong oleh KKDW dan kita akan lakukan penganjuran KUD2025 dan Hari Peneroka Felda disatukan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Rancangan Felda, Anugerah Majlis Contoh dan Anugerah Tokoh Imam Felda sempena Sambutan Hari Peneroka Felda 2024 di MAEPS, Serdang. Foto SADIQ SANI, 14 JULAI 2024

“Kita berhasrat untuk mendapat dua juta pengunjung pada kedua-dua hari berkenaan,” katanya ketika merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Rancangan Felda, Anugerah Majlis Contoh dan Anugerah Tokoh Imam Felda di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini, hari ini.

Karnival Usahawan Desa 2023 yang diadakan di Floria Putrajaya berjaya melepasi sasaran transaksi jualan secara tunai, padanan perniagaan dan tempahan dengan capaian berjumlah RM12.5 juta serta menjangkau 1.04 juta pengunjung.

Dalam pada itu, Hari Peneroka Felda kali ke-68 yang berlangsung di MAEPS bermula Jumaat lalu dijangka menghimpunkan 500,000 peneroka dan pengunjung dari keseluruhan tanah rancangan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast