KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis kini menjadi ahli Pas selepas permohonn menjadi ahli parti itu diterima pada 10 Jun 2023.
Pengumuman bekas pemimpin UMNO itu diumumkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan pada sidang media di Parlimen di sini hari.
Takiyuddin berkata, keputusan itu dibuat selepas menerima permohonan Muhamad Jailani pada tarikh sama sebelum DUN Melaka membuat pindaan Akta Anti Lompat Parti pada Julai tahun lalu.
“Pada masa ini, Melaka belum ada undang-undang Akta Anti Lompat Parti. Maknanya pada masa ini sesiapa henda tukar parti pun boleh sebagai seruan Datuk Seri Raof (Ketua Menteri Melaka) sebelum Julai tapi mereka buat bulan April lalu,” katanya.
Penyertaan tersebut menjadikan Pas kini mempunyai seorang wakil dalam DUN Melaka sekali gus menjadikan tiga kerusi untuk pembangkang berbanding dua sebelum ini.
Dua lagi wakil Perikatan Nasional (PN) dalam DUN Melaka ialah Mohd Yadzil Yaakub (Bemban) dan Mohd Aleef Yusof (Sungai Udang).
Muhamad Jailani sebelum ini didesak meninggalkan UMNO dan menyerahkan kerusi DUN Rembia disandang berikutan tindakannya menyertai aktiviti parti pembangkang sejak Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.
DUN Rembia adalah satu daripada lima kerusi dalam Parlimen Alor Gajah, Melaka.
Ketika ini Muhamad Jailani yang kini menjadi Pengerusi NGO Muafakat Nasional (MN) Melaka digantung keahliannya oleh UMNO selama enam tahun.
Tindakan itu diambil susulan kontroversi kehadirannya berkempen di atas pentas PN semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Simpang Jeram di Johor, diadakan pada Ogos tahun lalu.
Untuk rekod Muhamad Jailani merupakan ahli UMNO sebelum menyertai PKR dan menjadi ADUN Rembia pada 2018. Bagaimanapun dia bersama tiga Adun PH lain menyokong usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka ketika itu, Adly Zahari.
Tindakan tersebut menyaksikan kerajaan PH Melaka akhirnya tumbang pada Mac 2020 dan digantikan dengan BN. – MalaysiaGazette