Faisal Halim (kanan) bersama Kim Pan Gon.

KUALA LUMPUR – Pemain sayap Harimau Malaya, Faisal Halim meluahkan rasa sedih susulan pengendali skuad negara, Kim Pan Gon telah meletakkan jawatan.

Menurut pemain Selangor FC itu, dia masih lagi mengingati segala kebaikan Pan Gon termasuk kata-kata semangat yang diberikan ketika beliau menjalani rawatan akibat disimbah asid Mei lalu.

“Satu berita sedih. Saya masih ingat dua bulan lalu, coach datang ke hospital memberikan semangat.

“Beliau katakan kepada saya: “Faisal, saya mahu kamu kembali ke pasukan kebangsaan. Saya akan berikan sokongan dan percaya awak akan menjadi lebih kuat”.

Semalam, Pan Gon sah meletakkan jawatan dalam satu pengumuman yang dibuat dalam sidang media di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sekali gus memberikan tamparan hebat kepada pasukan kebangsaan selepas khidmatnya selama hampir dua tahun bersama Harimau Malaya sememangnya telah memberikan banyak perkembangan positif. – MalaysiaGazette