Keputusan DNA disahkan jenazah Nur Farah Kartini Abdullah, kata KP Selangor

SUNGAI BULOH – Jenazah bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah akan diserahkan kepada keluarganya pada hari ini.

Perkara berkenaan disahkan oleh Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.  

Jelasnya, keputusan DNA (asid deoksiribonukleik) mengesahkan mayat yang ditemui adalah Farah.

“Ya. Mayat akan diserah hari ini.

DNA (asid deoksiribonukleik) positif. Mayat adalah Farah,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, keluarga  arwah Nur Farah Kartini Abdullah  yang ditemui mati di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor Isnin lalu tiba di Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh pada jam 11.12 pagi tadi.

Antara yang kelihatan salah seorang abang arwah, arwah Mohd Farriza Amir Abdullah.

Beliau mengesahkan jenazah adiknya akan dikebumikan di Pekan, Pahang.-MalaysiaGazette