KUALA LUMPUR – Selangor menerupakan negara yang mempunyai projek perumahan terbengkalai tertinggi di negara ini, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.
Beliau berkata, sehingga 31 Mei lalu Selangor mencatatkan 42 projek perumahan swasta yang tertinggi diikuti Kelantan dengan 19 projek.
“Sehingga 31 Mei 2024, terdapat sebanyak 114 projek meliputi 29,407 unit rumah dan 15,948 pembeli perumahan swasta telah diisytiharkan terbengkalai mengikut Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118].
“Perincian projek menunjukkan negeri yang mempunyai bilangan projek terbengkalai yang tertinggi adalah Selangor (42 projek), Kelantan (19 projek), Terengganu (15 projek) dan lain-lain negeri antara sembilan (9) dan satu (1) projek,” katanya dalam jawapan bertulis semalam.
Kor Ming menjawab pertanyaan Datuk Rosol Wahid (PH-Hulu Terengganu) yang ingin Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mendedahkan statistik terkini projek perumaahn yang terbengkalai mengikut negeri.
Daripada perangkaan itu, Selangor mencatatkan 16,610 unit kediaman dibina sementara 8,226 unit terjual.
Sementara itu, Kor Ming berkata, sehingga kini sejumlah 50 projek dalam peringkat perancangan, 50 projek lagi sedang dipulihkan dan 14 projek berstatus statik. – MalaysiaGazette