Poster yang dimuat naik dalam laman Facebook Kesultanan Pahang menerusi satu hantaran hari ini.

KUALA LUMPUR – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Alumni Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah.

Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Nur Farah Kartini.

Jenazah Allahyarham Nur Farah Kartini selamat dikebumikan pada pukul 5.20 petang di Tanah Perkuburan Kampung Nyiur Manis, di Pekan, Pahang hari ini.

Mayat Nur Farah Kartini ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor Isnin lepas selepas dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu.

Berikutan itu polis menahan seorang lelaki yang juga anggota polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat wanita tersebut. – MalaysiaGazette