KUALA LUMPUR- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis mendakwa UMNO menggunakan taktik buruk yang tidak selari dengan undang-undang dan perlembagaan.
Katanya, beliau sedia mendedahkan perkara itu di mahkamah demi manfaat ahli yang lain.
“Saya bersedia mendedahkan dan menentang setiap taktik buruk UMNO yang tidak selari undang-undang dan tidak berpelembagaan demi untuk kebaikan ramai lagi ahli yang lain.
“Saya bersedia membersihkan ini di mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan ringkas kepada media hari ini.
Ia susulan pendedahan yang dibuat Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki yang menunjukkan bukti, ADUN Rembia itu telah melanggar akuan bersumpah (SD) serta Perjanjian Penamaan Calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Negeri Melaka ke-15 pada 2021.
Selasa lalu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengumumkan kemasukan Jailani yang sebelum ini digantung keahlian UMNO, ke dalam parti itu berkuat kuasa Jun tahun lalu.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN
Asyraf tunjuk bukti ADUN Rembia langgar SD, perlu bayar RM100 juta
Katak musibat..buang duit aku jaa balik kampung mengundi musibat2 katak ni..duit minyak..duit tol tak berbaloi