Jarred Branthwaite. Foto Sky Sports.

LONDON – Everton telah memaklumkan kepada Manchester United bahawa mereka tidak berhasrat untuk menjual Jarrad Branthwaite pada musim panas ini tanpa mengira kegagalan pengambilalihan Friedkin.

Toffees hanya akan mempertimbangkan perjanjian jika permintaan mereka bernilai £70 juta dipenuhi.

Namun United masih mengekalkan minat terhadap Jarrard tetapi hanya jika harga permintaan berkenaan boleh dirunding.

Pakar perpindahan, Fabrizio Romano berkata, United tetap terbuka untuk membawa masuk seorang lagi pemain pertahanan tengah selepas kemasukkan pemain Lille, Leny Yoro.

Malah pemain Bayern Munich, Matthijs de Ligt juga masih kekal dalam senarai tetapi United hanya akan meneruskan niat itu dengan syarat yang ditetapkan mereka.

Situasi sama jga untuk Branthwaite yang  masih berada dalam senarai sasaran tetapi United tidak akan berbelanja besar sehingga £70 juta.

Sebelum ini, United telah mengemukakan dua bidaan untuk bek tengah itu iaitu pakej bernilai sehingga £50 juta di manapeningkatan pada bidaan pembukaan sebanyak £35 juta ditambah £8 juta. – Agensi