FB: Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil kesal terhadap dakwaan segelintir pihak yang menuduh RTM membuat hantaran jelik dalam bahasa Inggeris.

“Ada orang tuduh RTM buat FB post jelik dalam Bahasa Inggeris. Padahal posting asal dalam BM. Kemudian disebar fitnah, sampai ada yang minta saya “h*ng himself” (bun*h diri sendiri).

“Janganlah buat begini. Berlaku adil kepada RTM, Jangan fitnah,” katanya dalam hantaran di Facebook.

FB Fahmi Fadzil

RTM hari ini menjelaskan pihaknya tidak memuat naik sebarang maklumat rasmi dalam bahasa Inggeris berhubung Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara seperti yang ditularkan.

Bahagian Perhubungan Awam Jabatan Penyiaran Malaysia dalam kenyataan memaklumkan bahawa apa yang dipaparkan di laman Facebook Rasmi RTM adalah terjemahan automatik oleh sistem Facebook.

Bahagian Perhubungan Awam Jabatan Penyiaran Malaysia berkata, apa yang dipaparkan di laman Facebook Rasmi RTM ialah terjemahan secara automatik oleh sistem Facebook. – MalaysiaGazette