KUALA LUMPUR – Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak memuat naik sebarang kandungan ucapan takziah sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Menurutnya, apa yang dipaparkan di laman Facebook Rasmi RTM ialah terjemahan secara automatik oleh sistem Facebook.

“Jika pengguna mengaktifkan terjemahan secara automatik, maka terjemahan bahasa Inggeris akan muncul. Terjemahan bahasa Inggeris oleh sistem Facebook adalah salah.

“RTM telah membuat laporan polis dan pihak SKMM telah menghubungi META berkaitan terjemahan yang salah oleh sistem META. META juga telah mengesahkan bahawa mereka telah membetulkan masalah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini. – MalaysiaGazette