Mohd Puad Zarkashi waris sultan sulu ventilator keadilan najib sistem rahmah
Mohd. Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – UMNO perlu memastikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis membayar RM100 juta seperti diperakui dalam perjanjiannya dengan Barisan Nasional (BN).

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, parti itu tidak perlu berkompromi untuk mengheret bekas ADUN itu ke mahkamah selepas bertindak menyertai Pas.

“UMNO jangan berkompromi untuk mengheret YB Jailani Adun Rembia ke Mahkamah. Biar dia bayar saman RM100 Juta. Baru tahu tinggi rendah langit.

“UMNO perlu ada kes yang boleh jadi precedent (duluan) supaya yang lain takut untuk menipu parti dan rakyat yang mengundi mereka.

“Jailani perlu diajar keras. Dia banyak kali melompat. Keahliannya dalam Pas dirahsiakan lama. YB seperti ini elok muflis kerana saman jadi katak. UMNO perlu bersih daripada YB katak,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Semalam, Muhammad Jailani dipetik berkata, beliau akan membersihkan namanya di mahkamah berhubung tuntutan yang akan dikemukakan UMNO.

“Saya bersedia mendedah dan menentang setiap taktik buruk UMNO yang tidak selari undang-undang dan tidak berperlembagaan demi untuk kebaikan ramai lagi ahli yang lain.

“Saya sedia membersihkan nama ini di mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi satu rakaman mendakwa, Muhammad Jailani terikat dengan perjanjian sebelum dipilih menjadi calon BN.

Katanya, berdasarkan perjanjian yang telah ditandatangani, Muhammad Jailani perlu membayar RM100 juta kepada BN. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Bukan setakat rm 100 j. Kena pulangkan peruntukan yang dia dapat mengikut tempoh tarikh dia isytihar masuk PAS. PERUNTUKAN DUN KERAJAAN TOLAK PERUNTUKAN DUN PEMBANGKANG. BAKINYA. Dan nilai kemudahan yang dia guna sepanjang tempoh tersebut.

Comments are closed.