Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang yang dihenti tugas sementara pagi tadi sudah beroperasi sepenuhnya pada 6 petang tadi.

Bagaimanapun, ujian bacaan persampelan bagi LRA Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1), Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2) dan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (LRA SSP3) masih mencatatkan bacaan 1 ton.

Operasi LRA berkenaan dihentikan sementara susulan pencemaran bau di Sungai Kundang dan Sungai Sembah.

Akibatnya. tujuh wilayah Air Selangor iaitu Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor telah mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

Air Selangor berkata, pihaknya sedang berusaha sedaya upaya untuk meminimumkan impak kepada para pengguna.

Bantuan alternatif melalui lori-lori tangki air akan digerakkan ke kawasan-
kawasan yang terjejas, dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

Menurutnya, Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa. – MalaysiaGazette