Syed Hussien Syed Abdullah (empat dari kanan) dipilih Barisan Nasional untuk menjadi calon PRK DUN Mahkota.

KLUANG – Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Pengumuman itu dilakukan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam Majlis Pengumuman Jentera dan Pengenalan Calon Barisan Nasional Pilihan Raya Kecil N29 Mahkota di Command Center BN N29 Mahkota di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua UMNO Bahagian Kluang, Datuk Md Jais Sarday.

Dianggarkan kira-kira 5,000 jentera dan ahli parti datang bagi memberikan sokongan dalam keadaan hujan renyai-renyai.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast