Antara 11 warga Bangladesh ditahan dalam kegiatan perkhidmatan e-PLKS disyaki palsu. Foto JIM Putrajaya

KUALA LUMPUR – Aktiviti tawar perkhidmatan e-PLKS disyaki palsu hanya RM150 setiap dokumen dibongkar Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Jalan Chan Sow Lin di sini baru-baru ini.

Kegiatan itu terbongkar menerusi Ops Serkap dalam serbuan di 11 premis komersial secara serentak sekitar jam 12.50 tengah hari, membabitkan 40 pegawai Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, pihaknya telah menahan 11 warga Bangladesh terdiri daripada 10 lelaki dan seorang wanita berusia antara 23 hingga 48 tahun disyaki terlibat dalam aktiviti itu.

“Siasatan mendapati kesemua dokumen itu dipercayai digunakan bagi mengaburi pihak kedutaan dalam urusan permohonan pasport antarabangsa Bangladesh manakala siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti modus operandi dan pihak lain yang terlibat.

“Pasukan operasi turut menyita 18 unit komputer riba, 21 unit pencetak dan pengimbas, tiga unit telefon bimbit, 10 naskhah pasport antarabangsa Bangladesh serta beberapa cetakan e-PLKS yang disyaki palsu dan beberapa laporan polis yang disyaki telah dipalsukan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Antara 11 warga Bangladesh ditahan dalam kegiatan perkhidmatan e-PLKS disyaki palsu. Foto JIM Putrajaya

Hasil pemeriksaan di sekitar lokasi pasukan JIM turut menahan seramai 19 warga asing membabitkan 16 warga Bangladesh, seorang wanita Myanmar serta dua wanita Indonesia.

“Kesemua mereka ditempatkan di Depot Imigresen Putrajaya mengikut Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here