Anjing Husky bernama Kitster kini dalam keadaan baik. Foto media sosial

KUALA LUMPUR – Anjing Husky yang diselamatkan daripada didera  di Kondominium Landmark Residence 1, Kajang dalam keadaan baik dan sihat dalam jagaan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).

Menurutnya, DVS telah melengkapkan kertas siasatan dan kes ini telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Pertuduhan kes ini akan disebut di mahkamah pada 19 Ogos 2024.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung keadaan anjing Husky tersebut sehingga sebutan kes dibuat di mahkamah. – MalaysiaGazette