Jumlah korban tunjuk perasaan di Bangladesh kini melebihi 187 nyawa. Agensi berita Anadolu melaporkan bagi mengawal keadaan, selain perintah berkurung, pemadaman Internet dan rondaan tentera diteruskan.
Pada masa yang sama Dhaka juga telah melanjutkan perintah berkurung sehingga Khamis. Protes pelajar bertukar ganas selepas polis dan anggota parti pemerintah Liga Awami didakwa melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan minggu lepas.