Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, Sungai Selangor Fasa 1,2 dan 3 telah beroperasi sepenuhnya dengan bekalan air terawat mula disalurkan secara berperingkat ke premis pengguna.
Menerusi kenyataan Pengurusan Air Selangor, sehingga jam 6 pagi tadi, peratusan pemulihan bekalan air bagi kawasan terlibat telah mencapai 9.9 peratus.