Taktik sekumpulan warga Pakistan menyewa rumah mewah bagi elak dikesan pihak berkuasa gagal selepas kediaman mereka diserbu semalam.

Jabatan Imigresen Pulau Pinang dalam kenyataannya memaklumkan, empat lelaki berusia 30 hingga 45 tahun itu diberkas selepas didapati tinggal lebih masa serta tidak memiliki pas perjalanan yang sah.