The Malaya, hasil cetusan ilham yang dihasilkan pereka fesyen tanah air, Rizman Ruzaini.

KUALA LUMPUR – Busana rasmi untuk atlet Malaysia pada upacara pembukaan Sukan Olimpik 2024 di Paris menjadi pertikaian netizen di media sosial.

Bukan disebabkan rekaannya yang dipersoalkan tetapi namanya – The Malaya.

Rata-rata pengguna X dari Sabah dan Sarawak mempertikaikan nama itu yang dianggap tidak mewakili mereka.

Menurut mereka, berdasarkan sejarah nama Malaya merujuk kepada Tanah Melayu sebelum merdeka yang kini dikenali sebagai Semenanjung Malaysia.

“Macam mana nama ‘The Malaya’ boleh lepas untuk represents (mewakili) Malaysia? Sebab historically (berdasarkan sejarah) Malaya itu Semenanjung Tanah Melayu je prior to 1963 bila Sabah, Sarawak and Singapura united as Malaysia. @hannahyeoh. Why lah takda yang cerdik langsung in your department? This is so wrong,” komen @keemmazni.

“Maaf YB, kenapa guna The Malaya? Saya sebagai Sabahan mungkin sedikit rasa terasa terpinggir. Maklum juga rasanya tiada wakil Sabah kali ini. Tapi kitakan Malaysia,” soal @AddeyRipin.

Why Malaya? Why no include Sabah and Sarawak (Kenapa tak masukkan Sabah dan Sarawak?)” tanya @Khairl146

Why The Malaya? What happened to Malaysia, diversity dan inclusivity? (Kenapa “The Malaya”? Apa yang berlaku kepada Malaysia, kepelbagaian dan keterangkuman?)” kata @premx141.

The Malaya? Could you guys at least pick a theme that appears to be inclusive for all Malaysians? (Bolehkah anda sekurang-kurangnya memilih tema yang nampaknya inklusif untuk semua rakyat Malaysia?) Macam harimau ke, bunga raya, durian,” tanya @arfday12.

The Malaya without Sabah and Sarawak. Bijak sangat,” kata @_akimok.

Komen-komen tersebut dibuat dalam perkongsian yang dilakukan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim.

Bagaimana pun busana yang mendapat inspirasi baju teluk belanga yang dipilih sebagai tanda junjungan kasih buat Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang berasal dari Johor itu turut mengundang pujian.

Rata-rata pengguna media sosial menyifatkan ia sebagai anggun dan sopan sesuai dengan imej Malaysia.

“Cantik. Betul elegen bak kata Hannah Yeoh,” puji @din_mesjid.

“Boleh pun buat lawa,” komen @ruddi1994.

“Lawa. Ni baru betul design mantap,” kata @The5H5615.

The Malaya looks stunning! Rizman Ruzaini has truly captured the spirit of Malaysia for the Olympic Games. Can’t wait to see the team shine in Paris 2024! (The Malaya kelihatan menakjubkan! Rizman Ruzaini benar-benar memahai semangat Malaysia untuk Sukan Olimpik. Tidak sabar untuk melihat pasukan bersinar di Paris 2024!” puji @footballtaks24.

The Malaya hasil cetusan ilham pereka fesyen tanah air, Rizman Ruzaini.

Menurut Rizman Nordin, gaya sopan busana itu dipadankan dengan kelubung yang sinonim dengan wanita Malaya.

Warna warna hijau zaitun dengan motif keemasan untuk menjentik aura klasik dan apabila berada di bawah pantulan cahaya, memancarkan kesan keemasan sebagai tanda simbolik harapan untuk para atlet  membawa pulang pingat emas untuk Malaysia

Koleksi The Malaya menekankan cetakan motif songket sebagai tanda pengiktirafan kepada atlet-atlet Malaysia kerana songket mempunyai nilai sejarah yang tinggi sebagai fabrik warisan agung turun-temurun.

Acara gilang-gemilang pembukaan Sukan Olimpik 2024 akan berlangsung di Sungai Seine, Paris dan akan dibarisi oleh 26 atlet negara.-MalaysiaGazette