Seorang guru lelaki ditahan polis semalam kerana disyaki terbabit dalam kes amang seksual terhadap beberapa murid lelaki di sekitar daerah Hulu Selangor.
Penahanan itu disahkan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Ahmad Faizal Tahrim.
Beliau berkata, tangkapan dibuat ke atas guru pendidikan jasmani berusia lingkungan 30-an itu di Bukit Beruntung, Selangor selepas menerima empat laporan sejak 2.03 pagi hingga 10 pagi kelmarin berhubung kejadian tersebut.