Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah hari ini menahan reman dua beranak yang disyaki terlibat dalam pengeluaran pas lawatan IMM 13 didalangi oleh beberapa petugas sebuah agensi penguat kuasa.
Perintah reman selama tujuh hari sehingga 2 Ogos ini terhadap dua beranak terbabit telah dikeluarkan oleh Majistret Marilyn Kelvin setelah permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Sandakan, pagi tadi.