Lapan gerai di medan selera Taman Lembah Keramat, Ampang musnah dalam kebakaran sekitar jam 5.45 pagi tadi.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, kebakaran melibatkan bangunan kelas A itu musnah kira-kira 80 peratus.