KUALA LUMPUR – Pengerusi DAP, Lim Guan Eng mempersoalkan sama ada pihak yang membangkitkan soal moraliti dalam isu derma syarikat arak mahu melihat sekolah aliran gulung tikar tanpa sumbangan luar semata-mata ia disifatkan tidak sihat.
Menurut Ahli Parlimen Bagan itu, sejak 37 tahun lalu, ibu bapa bukan Islam di sekolah aliran telah menerima tajaan syarikat arak bagi aktiviti mengumpul dana tanpa membenarkan anak-anak mereka terpengaruh.
Jelas beliau, aturan itu setakat ini membuahkan hasil kerana belum pernah mana-mana ibu bapa di sekolah Cina atau vernakular membuat aduan anak-anak mereka dipengaruhi syarikat arak atau mabuk disebabkannya.
Tambahnya, ibu bapa bukan Islam tidak mahu melihat isu itu terus dipolitikkan oleh pihak yang tidak tahu bagaimana sekolah Cina berusaha untuk beroperasi dengan mengharapkan kepada derma orang ramai untuk bertahan hampir 70 tahun.
“Dalam erti kata lain, ibu bapa bukan Islam tidak gusar tentang anak-anak mereka di sekolah Cina atau vernakular terpengaruh dengan syarikat arak kerana mereka lebih risaukan mengenai kelangsungan sekolah ini tanpa dana pembangunan yang amat-amat diperlukan.
“Dan ini adalah sentimen yang lazim dalam kalangan orang bukan Islam. Atau suara-suara yang mahu membantah keputusan Kabinet dan berterusan mahu sekolah Cina dan vernakular menghentikan penglibatannya dengan syarikat arak ini berhenti bersyarah dan berikan wang tersebut?” soalnya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Dalam pada itu, Guan Eng menafikan Pas sebelum ini bersetuju dengan keputusan Kabinet untuk membenarkan amalan syarikat arak menaja aktiviti pengumpulan dana untuk sekolah Cina.
Katanya, Pas secara berterusan membantah keputusan Kabinet biar pun ia hanya membabitkan sekolah Cina dan bukan Islam. – MalaysiaGazette
Sememangnya patut ditutup kerana bangsa yang tidak tahu di untung.
Anda sepatutnya berterima kasih kepada kerajaan, kerana Malaysia bukan seperti di Indonesia atau Thailand. Tiada sekolah untuk bangsa Cina di negara berkenaan. Sedarlah jangan dah bagi betis nak peha. Kurang ajar nama tu.