KUALA LUMPUR – Indeks Harga Pengeluar Malaysia (IHPR) yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Jun 2024 berbanding 1.4 peratus pada bulan sebelumnya.

Jabatan Perangkaan Malaysia berkata, semua sektor dalam IHPR Pengeluaran Tempatan mencatatkan peningkatan sejak Mac 2024.

Sektor perlombongan meningkat 4.6 peratus (Mei 2024: 6.6%), dengan indeks pengekstrakan gas asli meningkat sebanyak 4.6 peratus.

Sektor pertanian, perhutanan & perikanan meningkat 3.4 peratus (Mei 2024: 1.3%), disumbangkan oleh indeks penanaman tanaman kekal (7.5%).

Pada masa yang sama, sektor pembuatan meningkat 1.1 peratus (Mei 2024: 1.0%) disebabkan oleh indeks pembuatan komputer, produk elektronik & optikal (9.2%).

Bagi sektor utiliti, indeks bekalan air meningkat 7.8 peratus, manakala indeks bekalan elektrik & gas meningkat sebanyak 1.0 peratus.

Pada asas bulanan, IHPR menurun perlahan negatif 0.1 peratus pada Jun 2024 (Mei 2024: -0.9%).

Penurunan ini dipengaruhi oleh sektor perlombongan yang turun negatif 3.4 peratus (Mei 2024: -5.5%).

Pada masa yang sama, indeks bekalan elektrik & gas juga turun negatif 1.1 peratus.

Sebaliknya, sektor pertanian, perhutanan & perikanan meningkat 1.1 peratus (Mei 2024: -4.6%).

Sektor pembuatan juga meningkat perlahan 0.1 peratus (Mei 2024: -0.1%), manakala sektor bekalan air meningkat 0.1 peratus.

Semua peringkat pemprosesan mencatatkan peningkatan pada bulan ini.

Indeks barang siap naik 2.8 peratus, disumbangkan oleh indeks kelengkapan modal (5.8%).

Sementara itu, indeks bahan mentah untuk diproseskan selanjutnya meningkat 2.6 peratus, disebabkan dengan indeks bahan bukan makanan (3.5%).

Indeks bahan perantaraan, bekalan & komponen juga meningkat 0.7 peratus disebabkan oleh bahan dan komponen untuk pembuatan (2.1%).

Pada asas bulanan, indeks barang siap meningkat 0.4 peratus dan bahan perantaraan, bekalan & komponen meningkat 0.2 peratus manakala indeks bahan mentah untuk diproseskan selanjutnya menurun negatif 1.8 peratus.

Sektor perlombongan meningkat 7.1 peratus, diikuti oleh sektor pertanian, perhutanan & perikanan (3.4%) dan pembuatan (1.0%).

Dalam masa yang sama, bekalan air dan bekalan elektrik & gas masing-masing meningkat sebanyak 7.9 peratus dan 1.2 peratus.

Sementara itu, perbandingan suku tahun ke suku tahun menunjukkan IHPR meningkat 1.1 peratus berbanding 0.6 peratus pada suku pertama 2024 disumbangkan oleh semua sektor. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast