NEW YORK – Penyakit Alzheimer lebih mudah didiagnos melalui ujian darah, menurut satu pasukan penyelidik.
Ujian darah adalah jauh lebih tepat daripada tafsiran doktor tentang ujian kognitif dan pemeriksaan imbasan CT (computed tomography) dalam mendiagnos keadaan tersebut.
Kajian yang diterbitkan pada 28 Julai dalam jurnal JAMA mendapati, kira-kira 90 peratus daripada masa ujian darah dengan betul dapat mengenal pasti sama ada pesakit mengalami masalah ingatan mempunyai Alzheimer.
Pakar demensia yang menggunakan kaedah standard tidak termasuk imbasan PET yang mahal adalah tepat 73 peratus pada masa itu, manakala doktor penjagaan primer yang menggunakan kaedah tersebut berjaya melakukannya hanya 61 peratus tepat.
Dapatan ujian darah yang dibentangkan pada 29 Julai 2024 di Persidangan Antarabangsa Persatuan Alzheimer di Philadelphia, adalah pencapaian terkini dalam pencarian kaedah yang terbaik dan boleh diakses untuk mendiagnosis Alzheimer.
Penyakit Alzheimer dihidapi hampir 7 juta rakyat Amerika dan lebih daripada 32 juta orang di seluruh dunia.
Pakar perubatan mengatakan penemuan itu lebih mudah untuk mengesan gangguan kognitif sebagai sebahagian daripada pemeriksaan penjagaan primer, sama seperti cara membuat ujian kolesterol.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, beberapa ujian darah telah dibangunkan untuk Alzheimer.
Ia digunakan kebanyakannya untuk menyaring peserta dalam ujian klinikal dan oleh sesetengah pakar untuk membantu menentukan sama ada demensia pesakit disebabkan oleh Alzheimer atau keadaan lain.
Penyelidikan baharu itu dijalankan di Sweden, dan pakar memberi cadangan untuk kegunaan di Amerika Syarikat (AS), hasilnya harus disahkan dalam populasi Amerika yang pelbagai.
Pakar menekankan ujian darah seharusnya hanya satu langkah dalam proses pemeriksaan dan, yang paling penting, harus digunakan hanya untuk orang yang kehilangan ingatan dan gejala penurunan kognitif yang lain – bukan untuk orang yang sihat dari segi kognitif untuk meramalkan jika mereka akan menghidap Alzheimer.
Cadangan ujian boleh berubah jika saintis menemui ubat yang boleh melambatkan atau menghentikan patologi Alzheimer pada individu yang belum mengalami masalah kognitif.
Pakar perubatan juga berkata, ujian darah perlu dilakukan hanya selepas menjalankan ujian yang menilai daya ingatan dan kebolehan berfikir serta imbasan CT yang mencari punca alternatif seperti strok atau tumor otak.
Dan keputusan ujian darah harus disahkan oleh salah satu kaedah standard emas: imbasan PET atau ketukan tulang belakang untuk mengukur protein, amiloid, yang terkumpul dan membentuk plak di otak pesakit Alzheimer. – Agensi