LIVERPOOL – Dua kanak-kanak telah terbunuh dan sembilan cedera, enam kritikal, dalam serangan pisau di tempat latihan tarian kanak-kanak, Hope of Hart.
Polis Merseyside berkata, dua orang dewasa yang cuba menyelamatkan kanak-kanak dilaporkan kritikal selepas ditikam.
Susulan kejadian itu, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun, dari Banks di Lancashire, telah ditangkap kerana disyaki membunuh dan melakukan cubaan membunuh.
Polis berkata, motif serangan itu tidak jelas.
Seorang saksi menggambarkan kejadian itu sebagai mengerikan .
Polis Merseyside berkata, pihaknya menerima laporan awal mengenai kejadian itu pada jam 11.47 BST.
Menurutnya, sebanyak 13 ambulans dan bomba bergegas ke kelas tarian kanak-kanak berumur enam hingga 10 tahun.
Difahamkan, kanak-kanak itu sedang berlatih apabila suspek bersenjatakan pisau masuk ke dalam premis dan mula menyerang kanak-kanak tersebut.
Suspek dipercayai berusia 17 tahun, dilahirkan di Cardiff, kini disoal siasat.
Dalam masa sama, polis juga sedang mengesan individu lain yang mungkin ada kaitan dengan kejadian tersebut. – Agensi