Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mempengerusikan Mesyuarat Tindakan Pembangunan Kementerian di Putrajaya Foto FB Dr Dzulkefly Ahmad
KUALA LUMPUR- Kementerian Kesihatan (KKM) akan memastikan pakar-pakar perubatan yang akan dilatih dapat dipadankan seiring pembangunan infrastruktur.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pelaksanaan itu susulan Mesyuarat Tindakan Pembangunan yang dipengerusikannya, semalam.
Tambahnya, selain usaha tersebut, beliau juga mahu memastikan pembangunan infrastruktur kesihatan adalah selari keperluan setempat.
“Saya akui banyak kawasan mengalami kesesakan, fasiliti daif atau kedua-duanya, namun ini sedang ditangani. Bukan hanya di Sabah dan Sarawak, malah di Johor dan Kelantan jua.
“Kedua, malpengagihan atau agihan tidak sekata akan ditangani dengan memastikan perancangan dan agihan sumber manusia adalah seiring dengan pembangunan infrastruktur dan keperluan di akar umbi (infrastructure-manpower mapping).
“Bukan kerja sehari dua, namun dengan doa dan sokongan semua, kita akan laksanakan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast