KUALA LUMPUR – Polis telah merakam keterangan bapa kepada kanak-kanak bawah umur yang memandu kereta di Taman Putra Impian, Puchong baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner. Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian itu pada 6.30 petang semalam.

“Siasatan awal mendapati, seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun telah memandu kereta jenis Perodua Viva bersama dua adiknya berumur empat dan enam tahun untuk bersiar-siar di taman perumahan sekitar jam 8 malam pada 28 Julai lalu.

“Susulan itu, polis telah berjaya mengesan pemilik kereta itu merupakan waris kepada adik-beradik terbabit dan diminta tampil ke balai polis untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Kamarul Azran berkata, siastaan akan dijalankan di bawah Seksyen 39(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987z

Beliau juga menggesa orang ramai yang memounyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang. – MalaysiaGazette